Sunday 15 March 2009

Medical check-up & Mating



***



Hari jumaat lalu, kami telah bawak Kiko ke doktor vet utk pemeriksaan kesihatan. Sebelum tu, kiteorg dh kasi ubat anti kutu dan hama (Frontline) dan mandikan Kiko dgn shampoo anti kutu dan hama. Lepas shampoo, blow, potong kuku dan bersihkan telinga dia..Disebabkan Kiko selsema sket, kiteorg kasi ubat selsema (CTM) kt dia.
Masa pegi doktor tu, kiteorg kata la Kiko macam demam (suhu tinggi sket) So, doktor check la suhu kt telinga dia. Doktor kata normal. Tentang selsema, doktor kata ok je kasi CTM. Pastu dia bersihkan telinga lagi (sebab earmites Kiko cam banyak, maybe penjaga dia sebelum ni tak pernah bersihkan kot) dan letakkan ubat anti-earmites..pastu Kiko dapat suntikan utk tingkatkan imune system dia.
Sebelum balik, sebbaik tak lupa nk kasi ubat anti-cacing (Drontal) , tp Kiko dah mula stress sebab kene bersihkan telinga dia td. So, tak dapat kasi ubat anti-cacing lg..Doktor timbang dan berat Kiko 1kg..haha.ringan je..Doktor kasi prescripsi utk kiteorg beli kt farmasi dan kiteorg pun pulang.Nanti mungkin kami akan beli shampoo anti-jamur @ anti-fungal (Sebazole) utk kegunaan kucing2 kami..





Hari sebelum tu, Khamis, kiteorg telah kt Barito utk hantar Torres kawin..sejak beberapa hari lepas, Torres dah tunjuk tingkah2 mau mating..So kiteorg kene hantar dia secepat mungkin sebelum heat dia habis. Lepas 10hari nnt baru kiteorg akan ambil dia balik..Sekalian ambil Torres, mungkin Noey akan kami jual sebab dia tidak produktif seperti yg kami jangkakan (tujuan beli dia pun utk dijadikan indukan, tp tak menjadi la plak)..Smoga Torres pulang dengan perut yang berisi (baby)..Amin..


***


No comments:

Counters
Disney Store Catalog