Saturday 7 March 2009

Cat and Kitten Care Kit

-------------------



Untuk menjaga kucing, ada beberapa barang yang perlu digunakan. So, entry kalini untuk tambah pengetahuan semua tentang keperluan asas untuk sesiapa yang akan dan sedang memelihara kucing.
1. Pasir menggumpal
Pasir ini berguna untuk kucing membuang air besar (BAB) serta air kecil (BAK)..sudah menjadi tabiat diorg akan menguis2 pasir kalau nak BAB dan BAK dan selepas habis urusan itu, diorg akan mengambus pasir disekitar tempat tu. So, dengan memakai pasir menggumpal ni, kotoran2 yang dihasilkan akan menggumpal dan menyerap bau2 yang tidak wangi itu juga untuk memudahkan untuk membuang kotoran2 tadi.

2 & 6 Bekas BAB & BAK
Bekas ini penting supaya kucing kesayangan anda tidak membuang kotoran mereka merata-rata rumah..Isi pasir supaya menutupi seluruh dasar bekas. Jangan lupa untuk membeli scoop (tiada dalam gambar) untuk mengangkat kotoran2. Bekas yang besar (no.2) lebih sesuai untuk kegunaan di luar sangkar. Manakala bekas yang kecil sesuai untuk diletakkan di dalam sangkar..

3. Makanan kucing
Makanan yang dibeli hendaklah sesuai dengan umur kucing yang dipelihara.Kitten atau Adult..Ini disebabkan kucing memerlukan nutrisi yang berbeza2 pada setiap tahap pertumbuhan mereka..

4. Bakul
Lapikkan bakul dengan alas yang lembut. Kucing suka tidur melingkar dalam bakul ni terutama jika di dalam ruangan yang berhawa dingin..

5. Bekas makanan dan minuman
Bekas yang digunakan jangan terlalu dalam sebab menyukarkan kucing untuk mengambil makanan mereka. Sebaiknya minuman diletakkan dalam bekas yang dapat mengekalkan air minuman sentiasa sejuk seperti tembikar atau besi.hehe..

7. Roller
Bila dah ada kucing, sure la kita akan mendukung, memeluk, meriba dan lain2 lagi. Alhasil, melekat la sedikit sebanyak bulu2 kucing pada pakaian kita. Roller ni sangat berguna untuk membersihkan pakaian drpd bulu2 ni..

8. Carrier
Carrier boleh terdapat dalam bentuk seperti bakul biasa, bakul khas utk membawa binatang peliharaan atau beg.Barang ini berguna untuk membawa kucing ke tempat2 lain tanpa risau kucing kita terlepas semasa perjalanan..

9. Grooming tools
Berus gigi, pengetip kuku, berus bulu, sikat bulu antara alat yang diperlukan untuk
menggrooming kucing agar kelihatan cute dan sentiasa bersih. Selain itu, shampoo, hair dryer, tuala, cotton bud, tisu (tiada dlm gambar) juga diperlukan untuk perawatan penjagaan kucing..




Tak lupa juga.Sangkar..Tergantung keperluan iaitu berapa ekor kucing yang dipelihara serta keluasan kawasan rumah yang masih ada, akan menentukan kecil atau besar sangkar yang diperlukan. Sangkar kucing lebih bagus mempunyai tingkat atau para2 yang membolehkan kucing baring2 rileks diatasnya..


Ada beberapa lagi barang yang tidak diambil gambarnya.hehe..Sorry.Tapi yang ditunjukkan diatas je pun sudah cukup. Boleh juga ditambah soft toy atau bola berisi loceng buat kittens untuk diorg bermain2 riang.




-------------------

1 comment:

Farhah@Dikfa said...

hi.. nak tanya awk beli sangkar tingkat kat mane? brape price?

Counters
Disney Store Catalog