Thursday 4 December 2008

Mainan baru kami

#####



Model (Torres) sedang memperagakan mainan terbarunya..



Inilah scratching post yang kami beli untuk kucing2 kami aritu..comelkan? tapi model yang memperagakan tu lagi comel.hehehe..


Scratching post ini sangat berguna kalo kita membela kucing..kalau dekat luar (luar rumah), kucing biasanya menggunakan batang pokok untuk scratching..Tapi kalau dalam rumah, perabot2 seperti sofa, meja, kerusi, carpet dll akan menjadi mangsa diorg melampiaskan tabiat semula jadi diorg ni..Sebab kenapa kucing suka scratching ni adalah kerana nak tanggalkan lapisan kuku yang dah mati.Bukan sebab saje suke2 nak vandalism perabot2 umah..hehe.So, untuk mengelakkan harta benda di rumah tidak menjadi mangsa lagi, memang la kena beli scratching post ni..Ada macam2 bentuk dan bertingkat2 tapi kami beli yang simple je.

Selepas beli, kenalah ajar kucing kita cara nak gunakan scratching post ni.kalo tak, sure diorg tak tau ape la benda ni..Mula2, ambil telapak tangan depan kucing. Lepas tu, dengan lembut buat gerakan mencakar dekat tiang scratching post tu.Lepas beberapa lama, kucing pun sudah tau inilah tempat cakar-mencakar diorg.Tapi nanti jangan hairan, sebab bukan setakat telapak kaki depan je mencakar, dengan kaki2 belakang skali mereka gunakan.Takpun, bergayut trus di scracthing post itu.Slamat mencuba! (ingat rancangan masakan ke..haha)


Model (Torres) menunjukkan cara2 untuk bermain scratching post (gaya bebas)




#####

Counters
Disney Store Catalog