Tuesday, 31 March 2009
Monday, 30 March 2009
Torres ingat lagi tak???
hujung bulan 6 2008,mama datang tgk Torres kat umah pak Yanto and mama terus suke kt Torres,sbb time tu Torres tgk je mama dari jauh...mama pun bagitau papa yang kebetulan nak bela kucing,ada kittens comel..Uncle Faiz pun deal dgn papa nak beli Torres sekali dengan kakak Torres,Coco..
Torres ingat lagi x?
Beberapa minggu lepas tu,uncle Faiz n papa datang ambil Torres ngan Coco,letak dalam kotak,bawak naik motor,time tu Torres ngan Coco takut gile,mengiau2 dlm kotak tu..Pastu Torres menginap semalaman kt umah Uncle Faiz,sbb papa n mama x belikan kandang lagi untuk Torres.
Torres ingat lagi x?
Esoknye,papa ngan mama datang,bawak Torres balik rumah papa,ada kandang baru,tido dalam bilik aircond,tp Torres x ske tido dalam kandang,Torres naik katil papa,tidur sebelah rambut papa n cari2 susu sbb Torres kecil lagi..
Torres ingat lagi x?
kat BomBom,Noey,Kiko and Mozi..Semua Torres marah,sbb Torres jealous,takut mama n papa Torres x sayang kt Torres lagi sbb ada kucing lain,Torres boleh ngan dgn Coco jer,kalau ada Coco kt umah,Torres ngan dia mesti lari sana sini sama2,makan sama2,tido sama2..
Torres ingat lagi x?
Hari Coco tinggalkan kita semua,mama n papa tmasuk uncle Faiz sume sedih2..Torres dah janjikan,jgn pernah tinggalkan mama n papa,sebab kitorg xtau nak watpe kalau Torres dah xde..Sejak haritu,Torres dh xde teman main2 lagi..Sbb Coco lah satu2 nye teman Torres yang Torres boleh terima..
Friends,thx for the messages of supports,my housemates,Asyraf,Utaq's housemates,Umah Faiz,Umah Ceng,GCC,umah akmal, dan lain2..And thx especially to my housemates yang slalu tlg jaga Torres and org2 yg pernah tlg jaga Torres..
May her memmories will be etched forever in our hearts..
We Love You Torres..
Wednesday, 25 March 2009
Noey lepas bebas, Mozi sudah berubah
Noey yang suke sangat kabur/lari dari rumah telah kami lepaskan sebab dah tak tahan dengan karenah dia. Tatau dah brape kali ntah dia lari. Tapi kali ni, kami ambil keputusan untuk biarkan saja dia lari. Walaupun dah beberapa kali dikasi pakwe untuk mating, tapi still tak hamil2 jugak..Sekarang, dia pegi cari sendiri kt luar dan sempat tertangkap dilihat mating dengan kucing jalanan.Tambahan pula, waktu dia lari kelmarin, dia dah bergaul dengan kucing jalanan yang tidak diketahui asal usul dan pastinya ada banyak penyakit (tengok muka je dah tau ada Skabies..kutu, hama takyah cakaplah). Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini (penyakit2 kucing byk dr kucing jalanan), so, kami biarkan Noey hidup sendiri..tanak amik risiko kucing2 yang lain mendapat penyakit2 dr Noey pulak. Bukan senang nak merawatnye nanti.huhu..Kalo yang membawa maut, lagilah.Kami dah buat yang terbaik untuk Noey, tapi apekan daya, dia tetap nak lari2 jugak. Jadi, pergilah Noey. Jangan kembali..Bukan tak kesian, tapi dia yang tidak mengasihani kami. Memang susah nak mengerti Noey. Dah ada tempat yang elok, still nak lari2..Lu pikirlah sendiri....
Berbeza dengan Noey, Mozi yang terkenal dengan sifat2 kurang peramahnya (suke cakar, marah2, tension sendiri) sudah berubah menjadi kucing yang baik, mesra dan mudah bergaul..Dia dah tak takut2 kalo kita nk pegang2, belai2 dia. Even sekarang, takyah tarik2 pakai leash pun. Bleh angkat dan gendong camtu je. Leash plak jadi bahan mainan dia. Baru beberapa minggu tinggal di rumah Firdaus, Mozi sudah menunjukkan perubahan2 positif. Walaupun mula2 dia datang, dia agak aneh2 dan susah nak bergaul, lama2 hasil kesabaran penghuni rumah, dia dah start mempercayai diorang sebab dia dilayan dengan baik (walaupun usaha berbaik2 hanya dari satu pihak, pihak Mozi akhirnya terharu dengan usaha mereka)..Mungkin Mozi ada sejarah2 yang hitam dengan manusia yang buat dia jadi tidak peramah. (Noey jugak kot ada sejarah yg samar2. Tp perangai liar dia mengatasi perwatakan persian dia, jadilah Noey cenggitu..) Kesian Mozi. Maybe environment/orang sekitar yang buat dia jadi camtu. So, kepada siapa2 yang pernah menyakiti kucing, semoga anda menginsafi perbuatan anda. Jadi trauma n fobia kucing tu. Semoga Mozi terus berubah ke arah positif dan hidup bahagia di rumah Firdaus sana..(Hidung pink yang cute!)
Friday, 20 March 2009
Panleukopenia (Feline Distemper) in Cats & Kittens
| |
References and Further Reading | |
Greene, CE. Feline Panleukopenia. In Greene, CE (ed.) Infectious Diseases of the Dog and Cat. W.B. Saunders Co. Philadelphia, PA; 1998;52-7. Scott, FW. In Tilley, LP; Smith, FWK (eds.) The 5 Minute Veterinary Consult. Williams and Wilkins. Baltimore, MD; 1997;584-5. Sherding, RG. Intestinal Viruses. In Birchard, SJ; Sherding, RG (eds.) Saunders Manual of Small Animal Practice. W.B. Saunders Co. Philadelphia, PA; 1994;114-15. This article is taken from here |
***
Tuesday, 17 March 2009
Saat terakhir ~ In memory of Kiko
Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Begitu sulit ku bayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Di bawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih
*Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu…di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Di nanti ku…
*Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu, kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku..lupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Wooo....
TQ Kiko sebab hadir dalam hidup kami..Kami akan kenang Kiko sampai bila-bila k..
Kiko tersangat2lah cute.mungkin tiada tandingan..maybe Tuhan pinjamkan Kiko sekejap pada kami supaya dia dapat menikmati saat2 terakhir dengan orang yang pantas untuk terima kasih sayang dari dia dan kami harap Kiko pun bahagia dapat kenal kami.Rest in peace Kiko..We love u sooooo much!
Tq juga to uncle Kamal yg bertungkus lumus belikan cangkul utk tanam Kiko..Tq juga to my housemates yang menenangkan saye semalam..
Lirik dr lagu Saat terakhir - ST12
Sunday, 15 March 2009
Medical check-up & Mating
***
Masa pegi doktor tu, kiteorg kata la Kiko macam demam (suhu tinggi sket) So, doktor check la suhu kt telinga dia. Doktor kata normal. Tentang selsema, doktor kata ok je kasi CTM. Pastu dia bersihkan telinga lagi (sebab earmites Kiko cam banyak, maybe penjaga dia sebelum ni tak pernah bersihkan kot) dan letakkan ubat anti-earmites..pastu Kiko dapat suntikan utk tingkatkan imune system dia.
Sebelum balik, sebbaik tak lupa nk kasi ubat anti-cacing (Drontal) , tp Kiko dah mula stress sebab kene bersihkan telinga dia td. So, tak dapat kasi ubat anti-cacing lg..Doktor timbang dan berat Kiko 1kg..haha.ringan je..Doktor kasi prescripsi utk kiteorg beli kt farmasi dan kiteorg pun pulang.Nanti mungkin kami akan beli shampoo anti-jamur @ anti-fungal (Sebazole) utk kegunaan kucing2 kami..
Hari sebelum tu, Khamis, kiteorg telah kt Barito utk hantar Torres kawin..sejak beberapa hari lepas, Torres dah tunjuk tingkah2 mau mating..So kiteorg kene hantar dia secepat mungkin sebelum heat dia habis. Lepas 10hari nnt baru kiteorg akan ambil dia balik..Sekalian ambil Torres, mungkin Noey akan kami jual sebab dia tidak produktif seperti yg kami jangkakan (tujuan beli dia pun utk dijadikan indukan, tp tak menjadi la plak)..Smoga Torres pulang dengan perut yang berisi (baby)..Amin..
Wednesday, 11 March 2009
Tuesday, 10 March 2009
KiKo Checks In
Saturday, 7 March 2009
Cat and Kitten Care Kit
Untuk menjaga kucing, ada beberapa barang yang perlu digunakan. So, entry kalini untuk tambah pengetahuan semua tentang keperluan asas untuk sesiapa yang akan dan sedang memelihara kucing.
Pasir ini berguna untuk kucing membuang air besar (BAB) serta air kecil (BAK)..sudah menjadi tabiat diorg akan menguis2 pasir kalau nak BAB dan BAK dan selepas habis urusan itu, diorg akan mengambus pasir disekitar tempat tu. So, dengan memakai pasir menggumpal ni, kotoran2 yang dihasilkan akan menggumpal dan menyerap bau2 yang tidak wangi itu juga untuk memudahkan untuk membuang kotoran2 tadi.
2 & 6 Bekas BAB & BAK
Bekas ini penting supaya kucing kesayangan anda tidak membuang kotoran mereka merata-rata rumah..Isi pasir supaya menutupi seluruh dasar bekas. Jangan lupa untuk membeli scoop (tiada dalam gambar) untuk mengangkat kotoran2. Bekas yang besar (no.2) lebih sesuai untuk kegunaan di luar sangkar. Manakala bekas yang kecil sesuai untuk diletakkan di dalam sangkar..
3. Makanan kucing
Makanan yang dibeli hendaklah sesuai dengan umur kucing yang dipelihara.Kitten atau Adult..Ini disebabkan kucing memerlukan nutrisi yang berbeza2 pada setiap tahap pertumbuhan mereka..
4. Bakul
Lapikkan bakul dengan alas yang lembut. Kucing suka tidur melingkar dalam bakul ni terutama jika di dalam ruangan yang berhawa dingin..
5. Bekas makanan dan minuman
Bekas yang digunakan jangan terlalu dalam sebab menyukarkan kucing untuk mengambil makanan mereka. Sebaiknya minuman diletakkan dalam bekas yang dapat mengekalkan air minuman sentiasa sejuk seperti tembikar atau besi.hehe..
7. Roller
Bila dah ada kucing, sure la kita akan mendukung, memeluk, meriba dan lain2 lagi. Alhasil, melekat la sedikit sebanyak bulu2 kucing pada pakaian kita. Roller ni sangat berguna untuk membersihkan pakaian drpd bulu2 ni..
8. Carrier
Carrier boleh terdapat dalam bentuk seperti bakul biasa, bakul khas utk membawa binatang peliharaan atau beg.Barang ini berguna untuk membawa kucing ke tempat2 lain tanpa risau kucing kita terlepas semasa perjalanan..
9. Grooming tools
Berus gigi, pengetip kuku, berus bulu, sikat bulu antara alat yang diperlukan untuk menggrooming kucing agar kelihatan cute dan sentiasa bersih. Selain itu, shampoo, hair dryer, tuala, cotton bud, tisu (tiada dlm gambar) juga diperlukan untuk perawatan penjagaan kucing..
Ada beberapa lagi barang yang tidak diambil gambarnya.hehe..Sorry.Tapi yang ditunjukkan diatas je pun sudah cukup. Boleh juga ditambah soft toy atau bola berisi loceng buat kittens untuk diorg bermain2 riang.
-------------------